Pages

My song

Monday, 19 August 2013

Gerimis yang tidak diundang

...... asslammualaikum... semuanya ..sihat x korang hari ini?? alhamdulillah penulis blog ni sihat belaka jga... (^^,)



entry kali nie penulis ingin berkongsi satu cerita pendek.... macam cerpen lah ya..... kalau ada kaitan tu..aiik maklumlah.... cerita ini cerita ragam manusia... lets read ..... Gerimis yang tidak diundang....


seorang kaum adam yang sangat setia akan cintanya kepada Allah..... kepada keluarga.....bertemu seorang hawa di persimpangan jalan.....perkenalan bermula... persahabatan dimeterai....

silaturrahim terikat diantara dua orang hamba Allah... yang sama-sama meraih cinta akan Rabbnya..selama mereka berkenalan pahit manis dikongsi bersama,bagaikan sahabat yang tidak lekang hendaknya.

Suatu hari si Hawa merasakan si Adam boleh membimbing dirinya ke jalanNya...boleh menjadi imam bagi dirinya... boleh menjadi walid kepada anak-anaknya kelak.

Hati didetikkan untuk merindui..untuk mencintai dan untuk mengasihi.Meskipun begitu Hawa tidak mengabaikan masanya dengan Rabbnya..

begitu indah mengejar kedua-dua cinta....

Hawa merasa ingin memberitahu Adam berkenaan hatinya..yang kini jatuh di dalam sangkar Adam.....hatinya yang kini ingin dikhitbahkan......



Namun malangnya....hari Hawa untuk mengatakan semua itu sepertinya sia-sia.....tapi tidak salah juga kerana Hawa berterus terang.....memendam rasa yang sudah lama tertanam di hati...

Adam belum bersedia..malah tidak pernah sedetik pun d hatinya untuk mengasihi,apatah lagi mencintai Hawa...

Hawa menyepikan diri........jarang sekali untuk menghantar pesanan kepada Adam....


berbulan menyepi..... kini Adam sedar bahawa hatinya kekosongan..... seperti ada yang telah hilang.....

Adam memohon petunjuk pada yang Esa.


Adam menyedari dirinya jatuh hati kepada  Hawa.....hari-harinya yang dulu dipenuhi keceriaan kini kosong tanpa Hawa disisi....
Adam mencari Hawa..dan menanti Hawa.......

Menghantar pesanan........................"Assalammualaikum....Hawa apa khabar??


walaupun seringkas pesanan ..namun maknanya cukup besar buat Adam jikalau Hawa membalasnya....

Suatu hari ..Hawa membalas pesanan itu....namun dia bukan Hawa yang dulu....sepatah Adam berbicara..sepatah juga dijawabnya.....

kebijaksanaan petah berbicara tidak lagi terukir di bibir Hawa......

Adam meluahkan segalanya....Namun ,kali ini Hawa menafikannya...............kerana Hawa bersama yang lain....... hati yang dulunya tersakiti diisi oleh seorang hamba Allah yang memahami akan dirinya............



Adam redha....namun tetap menanti agar dirinya menjadi pilihan terakhir Hawa..................

Gerimis yang tidak diundang.............adakalanya.......kejujuran itu juga menyakitkan............ (^^,)...



Tamat......

No comments:

Post a Comment